PASIR
PUTEH, KELANTAN - Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam
dilaporkan bersetuju jika pelajar yang didapati membuli pelajar yang
lain dibuang sekolah, lapor Bernama.
Mahdzir berkata, pelajar yang terlibat dalam kes buli perlu dikenakan
hukuman yang paling kerasa agar kejadian tersebut tidak berulang lagi di
mana akan datang. Ini kerana katanya, hukuman yang dikenakan pada waktu
ini tidak dapat membendung kejadian buli di sekolah yang terus berlaku.
"Saya tidak bersetuju kalau setakat hendak gantung (persekolahan) 10 hari, tak payah. Kita kena buat lebih lagi," katanya.Mahdzir lebih bersetuju jika pelajar terbabit dalam kes buli dibuang
sekolah. Bagaimanapun, tindakan itu tidak dapat diambil kerana peraturan
yang sedia ada tidak membenarkan perkara itu berlaku.Mengulas mengenai kejadian buli tiga pelajar sebuah kolej vokasional di
Terengganu oleh sekumpulan pelajar dari kolej yang sama, Mahdzir kecewa
dan sedih kerana golongan pelajar tidak mengambil iktibar dari kejadian
yang menimpa seorang penuntut UPNM yang meninggal dunia akibat dibuli.
"Saya kecewa dalam masa kita bercakap pasal buli, hukuman, peraturan,
kita minta guru, ibu bapa, pelajar jauhkan diri daripada segala perkara
yang boleh dianggap sebagai buli tetapi dalam masa yang sama di kolej
vokasional tersebut berlaku kes buli," katanya.Sementara itu di media sosial, meskipun ramai netizen yang bersetuju
dengan pandangan Menteri Pendidikan, namun tidak kurang juga yang
membantah.
Segelintir netizen berpandangan bahawa, tindakan membuang pelajar yang
terlibat dalam kes buli tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya,
golongan pelajar pembuli ini perlu diberi kesedaran dengan menjalani
hukuman melakukan khidmat komuniti bagi tempoh tertentu. Atau mungkin
ada pelbagai lagi cara yang lain untuk mengatasi masalah buli di
sekolah.
Comments
Post a Comment